BERHATI HATI DENGAN KEDAI KAMERA DI PRANGIN MALL
Kedai kamera tu terletak di tingkat bawah(betul2 pada mintu masuk bawah) yang berdekatan dengan stesen bas. Nama kedai saya x ingat. Dalam minggu lepas saya ada survey2 harga kamera. Kemudian bila tiba di kedai ni, salesman tu tawarkan harga yang rendah pada model kamera yang saya ingin beli. Memang x dapat harga tu kt tempat lain. Kurang hampir Rm 100.
Kemudiannya saya bersetuju utk beli di kedai ini dan drama pun bermula. Pada asalnya dia menjanjikan untuk beri percuma memory card 8 gigs dan kemudian kata perlu upgrade pada card yg lebih elok pada nilai Rm 50. Pada waktu ini, saya bersetuju. Kemudian salesman (bertatoo di lengan) mula ad-ons items dengan cuba menjual lens yang kononya nikon ada buat promosi Purchase with Purchase. Selepas satu, satu item dia cuba untuk jual pada saya dan saya masih tidak mahu beli .Akhirnya dia beritahu yang WAJIB membeli UV filter. Kosnya hampir RM 150.Saya yang kurang arif tentang dunia camera menelefon sepupu saya untuk mendapat kepastian apakah perlu membeli Uv filter itu. Hahaha..jawapannya sudah mesti bukan MANDATORY item untuk dibeli. Kemudianya saya beritahu yang saya ingin membeli cuma kamera dan memory card itu sahaja. Dengan nada angkuh si penjual itu beritahu " saya x maw jual sama u" saya tanya sebab apa..dia jawab " sbb UV filter itu penting!" begitu angkuh dan pasti dia ingat hanya dia yang menjual kamera itu itu di dalam dunia. Saya terus beredar daripada kedai itu.
Saya kemudian pergi ke kedai kamera di Penang Road. Dengan tawaran harga yg sama dalam pasaran saya mengambil keputusan untuk membeli di kedai tersebut. Di sini baru saya sedar. yang saya bernasib baik tidak beli di kedai Prangin Mall tadi sebab kamera di kedai tadi bersama barangan dalam kotak tidak dalam plastik dan di sealed. Saya dapat lihat barangan dan item yang saya beli di kedai penang road semuanya dalam plastik dan di sealed. Saya hampir tertipu dengan perbuatan tidak berhemah kedai Prangin mall. Rupanya dia cuba menjual pada saya barang second-hand.Saya pun x perasan pada masa tu. patutlah semua benda dah pasang siap macam strap camera.
Yang lebih ironi adalah Uv filter dengan jenama/model yang sama di kedai penang road cuma berharga rm 40 berbanding tadi rm 150! Memory card tadi yang berharga rm 50 juga diberi pada saya hanya secara percuma.
Berhati-hati pada kawan2 di luar sana. Ini adalah taktik dengan menawarkan harga yang murah kemudian memanipulasi customer dengan menjual barang second hand dan kemudian menjual item2 lain di mana akhirnya anda bukan jimat malah membeli dengan harga yang lebih mahal daripada kedai lain. Sekadar berkongsi pengalaman. SYUKUR pada tuhan kerana tidak tertipu dengan penjual yang tidak beretika. Kemudian saya ada juga search internet tentang kedai tu, dan rupa-rupanya memand ada complaint tentang penipuan dan perangai x beretika kedai kamera di Prangin Mall. Opsss..bukan semua kedai kamera kat situ..Kedai kamera ground floor, dekat pintu masuk, bersebelahan bus station. harap maklum!
Demikian artikel tentang KEDAI KAMERA PRANGIN MALL PENIPU !! ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang KEDAI KAMERA PRANGIN MALL PENIPU !! ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.